Jom
Pasukan
SK Hashim Awang
Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya kita berpeluang menyambut kedatangan tahun 2023. Kita juga dapat menyambung kembali memikul amanah dan tanggungjawab kita sebagai pendidik di sekolah ini. Tahun 2022 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Banyak perancangan yang dibuat sepanjang tahun 2022 perlu diubah dan diberi penambaikan disebabkan COVID-19. Pada tahun 2023 ini, kita dapat menyiapkan Buku Perancangan dan Pengurusan sekolah. Buku bakal menjadi panduan seluruh warga sekolah dalam usaha untuk melaksanakan tugasan yang berkesan dan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Buku Perancangan dan Pengurusan Sekolah ini juga merupakan salah satu eviden dalam pelaksanaan SKPMg2.
Fokus kita pada tahun 2023/24 ini ialah meletakan “Guru Berkualiti” sebagai sasaran utama bagi melahirkan modal insan yang unggul. Penglibatan seluruh warga sekolah dalam setiap bidang iaitu Pentadbiran, Kurikulum, Kokurikulum dan Hal-Ehwal Murid secara menyeluruh dan berkesan amatlah dituntut bagi mencapai cita-cita tersebut.
Sekolah adalah tempat yang amat bermakna dalam usaha meningkatkan kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan yang mendatang. Lantaran itu sekolah perlulah menyediakan strategi bagi menjamin keberkesanan serta kecemerlangannya. Oleh itu, jatuh bangun sesebuah sekolah itu bergantung sepenuhnya kepada pemimpin yang berkesan, guru yang berkualiti dan sokongan PIBG dan Komuniti setempat. .
Guru-guru di sekolah diingatkan menguasai semua elemen dalam standard 4, SKPMg2 bagi meningkatkan pengajaran dari semasa ke semasa. Guru-guru juga mestilah mempunyai kompetensi dan ketrampilan yang mencakupi dan keupayaan melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah berkesan, berkeperibadian mulia, berkemahiran dan berkebolehan menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Demi memenuhi ikrar dan janji kita sebagai seorang guru, sebagai seorang pendidik juga sebagai seorang pentarbiah, maka marilah kita bersatu hati dan berkerjasama mengembelingkan tenaga untuk merealisasikan hasrat murni kita dalam mendidik dan mengajar anak generasi mendatang menjadi insan yang seimbang dunia dan akhirat.
Selamat bertugas kepada semua warga pendidik dan staf di SK Hashim Awang. Marilah kita laungkan “AspirasiMu Inspirasi Kami” Bersama-sama dan teruskan usaha gigih kita agar sekolah terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama. Besar harapan saya agar semua warga SKHA berganding bahu demi mencapai misi dan visi sekolah kita. Semoga Allah memberkati segala usaha kita, Amin.
Sekian, Wassalam.
Pn Aishah binti Shariff 21 Mac 2023
Guru Besar
Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 6 September 1954. Pada masa itu sekolah ini dikenali dengan nama “Government English School, Kepala Batas”. Pada masa penubuhannya sekolah ini mempunyai 3 orang guru termasuk Guru Besar iaitu E. Abdul Aziz bin Abdullah dan seorang jaga. Manakala bilangan murid seramai 81 orang .
Pada 10 Ogos 1958 , nama sekolah ditukarkan kepada “Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris, Kepala Batas” Berikutan dengan itu juga moto sekolah telah ditukar dari “Originality” kepada “Ilmu Panduan Hidup”
Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh YB Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu iaitu Datuk Wong Pow Nee pada 17 November 1960. Pada 4 September sekolah ini sekali lagi ditukar nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Hashim Awang Kepala Batas oleh Lembaga Pengurus Sekolah , sempena nama pengasas sekolah ini pada 10 Julai 1972. Seterusnya sekolah ini telah ditukar kepada “Sekolah Kebangsaan Hashim Awang pada tahun 1997.
PENGASAS:
Sekolah ini ditubuhkan atas permohonan penduduk tempatan bahawa tiada Sekolah Rendah Inggeris bagi kawasan Seberang Perai Utara. Sekolah Inggeris yang berhampiran sekali ialah di Bukit Mertajam 23km ( 14 batu) dan di Butterworth lebih kurang 16km. Syor-syor ini telah dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Undangan Negeri Pulau Pinang oleh YB En. Hashim Awang ,ahli Majlis Mesyuarat Pulau Pinang pada masa itu .
Sekolah ini telah dibina di atas Lot 517 dan 526 Mukim 6 Seberang Perai Utara seluas 7 ekar . Bangunan asalnya ialah dewan , 3 bilik bertambah kepada beberapa blok bangunan yang mengandungi 24 bilik termasuk bilik Pusat Sumber , Kemahiran Hidup , Makmal Komputer , Makmal Sains dan bilik guru.
Bangunan yang terbaru didirikan adalah dua blok bangunan 4 tingkat yang telah diluluskan peruntukannya sebanyak RM480,000.00 pada tahun 1986 oleh YB Dato Seri Hj. Abdullah bin Haji Ahmad Badawi , yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu .
PROFIL SEKOLAH
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN HASHIM AWANG
NO TEL : 04-5751145
FAX : 04-5742239
ALAMAT SEKOLAH : JALAN PADANG KELAB,13200 KEPALA BATAS
KOD SEKOLAH : PBB 2031
LOKASI : KEPALA BATAS
DAERAH : SEBERANG PERAI UTARA
PPD : PPD SEBERANG PERAI UTARA
JENIS BANTUAN : PCG (PER CAPITA GRANT)
GRED : A
PARLIMEN : P041-KEPALA BATAS
DUN : NO2-BERTAM
KELUASAN TANAH : 7 HEKTAR
NAMA GURU BESAR : PN AISHAHBINTI SHARIFF
SESI PERSEKOLAHAN : PAGI SAHAJA
BILANGAN GURU : 78 AKP 16
ENROLMEN MURID : 710 orang
BILANGAN KELAS : 18 Arus Perdana : 15 PPKI : PRA 4
E-MAIL SEKOLAH : pbb2031@jpnpp.edu.my pbb2031@moe.edu.my
Laluan Kecemasan
Guru 2023/2024
Kakitangan 2023/2024